Peraturan pertandingan Pertandingan_Batu-Gunting-Kertas_2_(AKB48)

  • Pemain hanya perlu sekali menang.
  • Pertandingan bermula dengan seruan "Jan-ken-pon!", Tanpa didahului "Saisho wa gu ..." ("Mulai dari batu").
  • Kedua-dua pemain secara serentak memperlihatkan isyarat tangan di atas meja hijau yang berada di tengah-tengah ring. Bila ada keraguan, pemenang diputuskan dengan melihat rakaman video.
  • Jika berlaku seri, pertandingan diulang dari kedudukan awal, tanpa seruan "Aiko desho" ("Seri").
  • Sewaktu bertanding, pemain bebas memilih pakaian, boleh memakai pakaian sehari-hari atau kostum panggung, namun aksesori di lengan harus dilepas.
  • Pemain yang menunggu diperlihatkannya isyarat tangan dari pihak lawan sebelum memperlihatkan isyarat tangan sendiri dinyatakan sebagai curang.
  • Kemenangan dibatalkan bila pemain menang kerana sebelumnya telah melihat isyarat tangan dari pihak lawan. Bila ada keraguan, pemenang diputuskan dengan melewat rakaman video.
  • Pemain dilarang agar mengancam lawan agar mengeluarkan isyarat tangan yang diingini, tapi boleh memberitahu isyarat tangan yang akan dikeluarkan seterusnya.